Sunday, June 21, 2009

....depan itu minggu...

pekerja 1 : bley siap ke hari nieh?(sambil tgk henset...jam menunjjukkan pkul 6 lbih ...off pttnya pkul 4)

pekerja 2 : tarak buley...depan minggu sambung...

pekerja 1 : minggu depan la...haih...

pekerja 2 : sudah salah ka?

pekeraja 1: salah la...

pekerja 2 : ok2...salah2...lain minggu sambung...

pekerja 1 : haa...itu betul...

itula antara perbualan seorang pekerja dengan pekerja nepal...hari2 kerja...itu macam aku pon akan terikot, haih lagi 6 bulan ooo...

Tuesday, June 16, 2009

1st day.....

sbenarnya 1st day aku bekerja sebagai pekerja kilang kelapa sawit adalah kelmarin...tapi atas-atas sebab tertentu aku dinasihatkan pulang oleh bos aku kerana telah menyalahi salah satu etika kerja dikilang tersebut iaitu berpakaian terlalu cantik...walaupon aku hanya berjaket fakulti...itu sudah dianggap cantik dimata boss aku dimana dia telah mengusha aku dari atas ke bawah beberapa kali diwaktu pagi yang indah berkenaan....


ok...tu kelmarin...hari nie aku datang seperti smalam...sbelom pukul 8 aku dan rakan2ku yang berkenaan telah terpacak dikilang berkenaan...pakaian sudah diiktiraf sebagai 'ok' oleh boss aku...dan kertas 'punchcard' diberikan kepada kami..ini adalah 1st time aku menerima punchcard dan pekara berkenaan menyebabkan aku telah menyelahguna beberapa kali kad tersebut...ini menyebabkan kad aku telah tersalah cop beberapa kali....

aku ditugaskan mengikut seorang brader yang lebey kurang sebaya dengan aku untuk menukar sejenis alat yang yang digunakan untuk menggerakkan tandan kelapa sawit kepada tempat perelaian daripada tandan kepada buah2 relai...dan itulah kerja pertama aku disini...

setelah siap...mkan pagi...dan sambung kerja...agak bosan dan terpaksa merayau kerana kurang kerja menyebab aku aku juga kene 'sound' dengan boss kerana berada ditempat yang tidak sepatutnya...aku terpaksa mencari kerja dan akhir sekali kerja yang dilakukan ialah menyapu lantai kilang....

pulang dengan kaki yang berdenyut...esok masih same...