Friday, December 25, 2009

klang....

hurmm...

sempena tahun baru ...sempena ke?...maybe...ataupon mmg aturan hidup yang mmg aku harus ikoti...

yeahh..aku akan berhijrah ke klang...(nape aku sonok?)..

hurmm...ntah ape akan aku tempuhi...

Friday, November 6, 2009

konvo....

dewan ump...

berjalan ikot turn....follow the instruction...brenti kat point yang ditetapkan....menunggu giliran nama dipanggil mengadap tungku mahkota pahang yang bersiap sedia berdiri untuk mnyerahkan scroll(file kosong)...

...nama dipanggil...

berjalan penuh control....senyuuuUUUMM....

...salam dengan tunku mahkota pahang...

..dia menyapa aku(betul ke ayat aku?)..."asal mane"..

...gelabah, lupe nak ckap junjung kasih tuanku, lalu menjawab " terengganu CIK "...

...terkedu seketika lalu kembali bersuara..." errkkk...TUankU "...

pusing ke sisi dan trus berjalan trun pentas...

control senyum....

Sunday, August 2, 2009

aku seorang jentera berat...

sebenarnya tajuk ini aku pnjam dari seorang ahli se'praktikal' aku...setelah dia mengeluh akibat kerja2 berat yang sedang dilalui sepanjang bulan praktikal beliau...

setelah baberapa kali mengalami kejadian putus rantai oleh sejenis alat yang dinamakan sterilizer....dlam mase satu bulan ini...sudah 4 kali..dan 4 kali jugak kami kerja seperti biase teruk...oh~~

dan semalam...rantai sterilizer itu telah diganti....kerja 24jam...2 shift..team mlam dan siang...aku bekerja di waktu shift siang telah diovertime kan blik pkul 8 mlam...owh...kerja penat berkemungkinan telah menyebabkan seorang daripada rakanku mengalami gejala selesema, batuk dan demam...(adakah kerja kuat boleh menyebabkan wabak H1n1?)oh~~...kutidak harap bgtu...dan dia dibenarkan kerja separuh hari pada hari ini...

akibat performance yang baik yang telah ditunjukkan sepanjang kerja2 dijalankan...kami dibenarkan cuti...oho~~.....4 hari yang sampai hari kamis ini...dan cuti ini juga adalah bergaji mengikut jumlah jam overtime yang kami ambil...(walaupon hanya 15 ringgit)..huhu..


here i go...kl ipoh cameron~~~~~

Monday, July 6, 2009

engineering job for dummies

isnin...7.45 am ...sampai ke sungai terah palm oil mill...terus menuju ke office untuk mejalankan aktiviti puchcard...keluar dari office...encik suhaimi a.k.a maintenance supervisor aku menyuruh aku betiga ke sterilizer platform dimana prosess buah sawit akan di'steril'kan,dan disini juga proses 'precooked' buah sawit akan dijalankan pada suhu 80 darjah Celsius...

setelah sampai diatas...baru aku tahu apa masalah pada sterilizer ini...rantai yang mnggerakkan buah sawit dalam sterilizer ini telah putus...osh...buah swit masih penuh didalam dan suhu masih dalam lingkungan 40 hingga 50 degree celcius...ini kerana stim msih lagi terperangkap didalam sterilizer tersebut yang mempunyai penebat haba diperbuat fiber glass...

sterilizer yang berukuran 4o meter pnajang, 2 meter lebar, 1 meter stengah tinggi(terbahagi 2 bahagian atas dan bwah)...semuanya tertutup berpenebat...mujurlah rantai nya putus di bahagian spoket(hujung)...agak senang untuk membaikinya, hanya perlu membuka plate besi pada hujung sterilizer tersebut(ceh,hanya kunun)...kalau rantai nya putus ditengah2 atau dilain bahagian , terpaksa technician2 sini sama nepal juga berenang di dalam sterilizer tersebut untuk mencari tempat kejadian...wohooo...pnas, sempit, gelap, dan penuh dengan buah kelapa sawit yang terpaksa dikeluarkan...dan situasi itu pernah berlaku suatu masa dahulu...

walaupun hanya menjadi pembantu...keletihan agak menyelubungi diri dan punggung juga terasa sakit setelah tergelincir dari tangga platform semasa menurunkan sejenis batang dari dalam sterilizer tersebut..haih ...dan waktu aku blik tad dalam lingkungan pukul 4 petang...technician2 masih lagi sedang menyiapkan kerja2 pembaikian...

Sunday, June 21, 2009

....depan itu minggu...

pekerja 1 : bley siap ke hari nieh?(sambil tgk henset...jam menunjjukkan pkul 6 lbih ...off pttnya pkul 4)

pekerja 2 : tarak buley...depan minggu sambung...

pekerja 1 : minggu depan la...haih...

pekerja 2 : sudah salah ka?

pekeraja 1: salah la...

pekerja 2 : ok2...salah2...lain minggu sambung...

pekerja 1 : haa...itu betul...

itula antara perbualan seorang pekerja dengan pekerja nepal...hari2 kerja...itu macam aku pon akan terikot, haih lagi 6 bulan ooo...

Tuesday, June 16, 2009

1st day.....

sbenarnya 1st day aku bekerja sebagai pekerja kilang kelapa sawit adalah kelmarin...tapi atas-atas sebab tertentu aku dinasihatkan pulang oleh bos aku kerana telah menyalahi salah satu etika kerja dikilang tersebut iaitu berpakaian terlalu cantik...walaupon aku hanya berjaket fakulti...itu sudah dianggap cantik dimata boss aku dimana dia telah mengusha aku dari atas ke bawah beberapa kali diwaktu pagi yang indah berkenaan....


ok...tu kelmarin...hari nie aku datang seperti smalam...sbelom pukul 8 aku dan rakan2ku yang berkenaan telah terpacak dikilang berkenaan...pakaian sudah diiktiraf sebagai 'ok' oleh boss aku...dan kertas 'punchcard' diberikan kepada kami..ini adalah 1st time aku menerima punchcard dan pekara berkenaan menyebabkan aku telah menyelahguna beberapa kali kad tersebut...ini menyebabkan kad aku telah tersalah cop beberapa kali....

aku ditugaskan mengikut seorang brader yang lebey kurang sebaya dengan aku untuk menukar sejenis alat yang yang digunakan untuk menggerakkan tandan kelapa sawit kepada tempat perelaian daripada tandan kepada buah2 relai...dan itulah kerja pertama aku disini...

setelah siap...mkan pagi...dan sambung kerja...agak bosan dan terpaksa merayau kerana kurang kerja menyebab aku aku juga kene 'sound' dengan boss kerana berada ditempat yang tidak sepatutnya...aku terpaksa mencari kerja dan akhir sekali kerja yang dilakukan ialah menyapu lantai kilang....

pulang dengan kaki yang berdenyut...esok masih same...

Saturday, April 25, 2009

...da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 13

kami terus berjalan melewati kedai-kedai yang tidak beoperasi memandangkan jam menunjukkan hampir 11 malam, dan dihujung jalan ini terdapat satu persimpangan yang menemukan 4 batang jalan, dimana disini terletak satu taman yang berlanskapkan bunga-bungaan, air pancut, sebuah monumen kapal terbang dan sebuah pondok telefon lama, yang begitu mengujakan aku ialah pondok telefon bewarna merah berkenaan yang iras-iras pondok telefon di Britain..terpanpar tulisan kuala kangsar diatasnya, manakala disebelah lagi tertulis london...mungkin dibawa ketika era penjajahan British ke atas tanah melayu sewaktu ketika dahulu...

setelah beberapa ketika berada disana dan beberapa photo telah diambil, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel kerana masing-masing sudah penat...sampai dihotel, aku terus baring tuk merehatkan diri, chot dan manek berbaring di katil hujung sambil menonton tv...aku tak terdaya lagi untuk menonton tv kerana perasaan mengantuk telah mengusai diri, melayan perasaan dan terus terlelap diselimuti gelak ketawa chot dan manek yang sedang asyik menonton..

setelah beberapa ketika, aku terjaga...kelihatan chot dan manek sedang berkemas-kemas untuk tidur...tv telah dipadamkan, sunyi...lampu telah ditutup...suasana suram menyelubungi bilik...aku cuba untuk tidur...tapi tidak terdaya..macam ada sesuatu yang menyekang aku dari menutup mata, mengacau-ngacau jiwa dan perasaan seolah-olah tidak membenarkan aku untuk melelapkan mata...aku melihat keadaan sekeliling bilik, dikiri dan kananku chot dan manek telah terbaring, mungkin kedua-duanya telah terlelap..

aku bangun dari katil...menuju ke blik air..hanya sunyi yang menemaniku, terasa perjalanan ke bilik air sungguh jauh, walaupun bilik air berada di bilik berkenaan....setelah melunaskan hajat kecil, aku mengejutkan manek supaya berpindah ke katil ku kerana aku ingin menonton tv, itulah keputusan yang terpaksa aku buat memandangkan diri ini tidak lagi terasa mengantuk...volume dibuka pelahan dan apa jua yang dipancarkan oleh tv aku tetap layan dengan penuh perasaan..


bersambung...

Friday, April 24, 2009

oh..dilarang parking...

suatu petang yang damai...panas suam kuku...ombak menhempas pantai...angin menderu melintasi pepohon yang kelihatan menari-nari...kelihatan papan tanda yang menyatakan dilarang parking...zon tunda...




oh..terselit sekeping kertas putih dicelah wiper...

Saturday, April 18, 2009

hari hari yang sibuk.

...datang ump petang 15 aribulan...sampai pada malam nya...dalam pukul 10.++...pukul 2.30 pagi pergi menonton bola...sampai subuh..keciwa..liverpool kalah....pagi kol 9 pergi mengambil test environmental eng...kol 10 abes test siapkan bahan BBQ ah kow..dalam kol 11 fariz tepon untuk siapkan Plan Design kerana tarikh hantar hanya tinggal beberapa jam...siapkan plan design sampai magrib...lpas magrib keluar menuju ke cherating..balik dalam pukul 2 pagi...smbung tgk bola...tggal sedikit jam lagi untuk habis perlawanan...pergi tidur lam kereta...on da way blik ump antara sedar x sedar(tido)...bangun pukul 10 pagi...kol 11 menuju ke mengamall kuantan untuk perlwanan bowling 4 bkc...pukul 4 lebih petang pulang ke ump...sampai ump smayang asar dan terus bersiap menuju ke cherating sekali lagi untuk menjayakan program perkhemahan kelas...sampai ke cherating dalam pukul 7 mlam...melakukan aktiviti bg menjayakan perkhemahan kelas sampai pukul 3 pagi(tertido jugak)..ahli2 len masih belom tido...balik ump dekat2 dengan waktu sembahyang jumaat...lpas sembahyang jumaat..tdo sampai petang...malamnya pergi berkaraoke selepas berpeluang menolong menghantar seseorang ke terminal kuantan...atas sbb2 teknikal...sesi karaoke habis pukul 2 pagi...menuju pulang ke ump...berborak dengan seseorang sampai pukul 4 pagi...tido...

ari ini sabtu dan saat ini aku baru pulang dari kuantan selepas pergi menonton jgan tengok, eh silap, jgan tegur dan aktiviti2 laen..jadual asal mandi di pusat perkelahan air terjun Panching tergendala akibat cuaca buruk menyebabkan kami terpaksa beralih arah ke untuk mandi di teluk cempedak(tandas awam)..

ermm..macam draft tesis belom lagi diperbaiki...

Wednesday, April 8, 2009

ape yang penting dalam hidup ini???

kerja?..


praktikal?....


ibadah?...


ingat mati?...


keluarga?...


tulis blog?...


kawin?....


cari duit?...


belajo?...


karaoke?...


maen bola?...


aweks?...


or..do something make proud of urself....


just thinking...

Friday, April 3, 2009

tag???...ape tuh????

aku x reti tag2 nieh....tapi...buat jgak ah



1) Adakah anda suka blogging? Kenapa?
~suke...suke bace blog org len..suke je merayau satu ke satu blog...dan salah satu sbb buat blog....

2) Blog sape yang anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)
~ntah, byak sgt kot...blog kat list kot...blog kat list orang laen pon turut skali...

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?
~ mestilah....mestilah jugak....uish...mestilah isteri aku, erk, oklah bkal isteri...

4) Taken or single? Mana lebih bagus?
~ dua dua bagus...huahua..menjawab soklan ke?...

5) Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
~ penah..balasan x blas cinta org len kot...huhu

6) Ciri-ciri idaman bf/gf anda. Nyatakan 5 ( betolkan sikit.. suami /isteri) hehehehehehehhe
~ beriman
~ comel
~ memahami
~ sanggup menerima kasih syang aku
~ sanggup memberi kesih sayang kepada aku
~ sanggup mengembara bersama aku


7) Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
~ 28 ke 29...

8) Nak berapa anak?
~ 4...

9) Lucky person yang anda ingin tag?
~ semua dlam blog list(friend's)

Sunday, March 29, 2009

1964...da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 12




hampir pukul 9 malam....

...aku ngan manek masih di kedai mkan berkenaan...siaran berita masih lagi berpacaran di sebuah syarikat televisyen yang utama di malaysia...chot merayau hilang bersama mekanik muda yang baru dikenalinya...testing kereta agaknya...

tidak lama kemudian...chot kembali ke restauran yang kami berada...menyatakan bahawa kereta tidak dapat di baik pulih dalam waktu terdekat..mungkin keesokkan harinya mekanik muda yang bernama Akmal itu akan membawa PX ke bengkel pakciknya...kami dinasihatkan oleh Akmal supaya tido dihotel berdekatan....memandangkan keadaan PX hanya menunggu masa untuk rodanya tercabut dari kereta..

atas panduan Akmal, kami sampai ke sebuah hotel murah, tidak bernama, tidak berbintang, dan dalam kesamaran malam, kelihatan pada bangunan hotel tersebut kelihatan 1964,menandakan tahun bangunan itu dibina...zaman britsh agaknya...daripada struktur bangunan nya..kelihatan seperti pejabat kerajaan dahulu kala...mungkin dibeli oleh seseorang lalu dijadikan hotel...

setelah memasuki ruang legar yg menempatkan sebuah kaunter kecik...kelihatan seorang pakcik tua sedang melayan tv yang disiaran nya kelihatan kabur2...kedudukan pakcik diatas kerusi malas mengadap tv kabur2, dengan sistem pecahayaan kuning, stuktur bangunan lama berwarna putih, sunyi dengan sekali sekala bunyi televisyen memecah keheningan...cukup untuk aku menyeramkan diri...tapi yang pasti, ada sesuatu pekara yang membuatkan hotel ini kelihatan same dengan hotel lain dipasaran, iaitu label durian yang di'cross'kan, menandakan durian tidak dibenarkan berada di hotel berkenaan..

setelah bertanyakan harga..blik dan lain2 kemudahan...kami diberitahu harga yang dikenakan ialah 60 ringgit malaysia untuk 1 hari...10 ringgit untuk bayaran yang berkenaan ganti rugi jikalau ade kerosakkan pada blik penginapan...dan 10 ringgit ini akan dikembalikan jikalau tiada kerosakkan...aku dan manek mengeluarkan 20 ringgit dan diberi kepada chot...

selesainya urusan pembayaran..kami terus menuju ke bilik yang telah disediakan.....dihujung lorong yang menuju ke blik kami...kelihatan cermin yang besar yang dijadikan perhiasan...cantik berbingkaikan ukiran kayu jati..

3 katil untuk kami betiga...satu penghawa dingin kecil, satu televisyen dan satu blik air..kami rasanya itu lebih berbaloi untuk kami daripada kami tido beralas kan simen di masjid2 berhampiran kerana esok kami masih perlu meneruskan perjlanan...setelah mandi dan sembahyang semua..kami mengambil kepetusan untuk merayau di bandar kuala kangsar...untuk tido dirasakan malam masih lagi muda..jam masih menunjukkan pukul 10..ya, itu masih sangat awal..

kami bersiap..keluar dari pekarangan hotel, berjalan tanpa arah yang pasti...kedai2 sudah ditutup, gerai burger kami singgahi dan setelah menjamu sibijik burger special..kami bertanyakan penjual burger dimana ada sedikit permandangan yang menarik diwaktu mlam ini...kami terus berjalan melintasi kedai2 yang telah tertutup sepi...



bersambung...

Saturday, March 28, 2009

pemikir yang kritikal...

You are a C - Cautious person.

Cautious people are critical thinkers. They draw conclusions and base action on facts, correctness, the rules and accuracy. They are slow paced and task oriented. They are trivia experts, someone who might appear on Jeopardy. They are very effective in their work. They combine intuition with facts to reach a conclusion. They like to work with people who think the way they do. They like to keep peace. They may not be shy but people find it difficult to read them. They don't show their feelings. They tend to protect their privacy. Aggressive people upset them. They control their environment by understanding the rules and following them. These may be existing rules or their own rules but they will follow them. They study privately to learn about a subject before discussing it in public. They only start a project when they're sure of perfection. Perfection is very important to them. They tend to be critical of themselves. They defend their position and support it rather than show flexibility. They think in outline form, frequently saying, "number 1 and b", thinking things in sequence. They make to-do lists. They ask, they don't tell. They want answers to their "WHY" and "HOW" questions.

nie aku dpt dari menjawab kuiz facebook...

aku copy da paste kat sini...

ntah betul ke x...

1 jam bumi.

skang...

aku tgh bergelap....


menyokong hari bumi kot...

ttp lampu selama sejam...

lampu je ttp...

komputer bleh bkk lagi kot...


huhu...aku masih lagi bukak komp...

Wednesday, March 25, 2009

Kuala Kangsar yang Seram~~....da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 11


....


kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Kuala Kangsar...mungkin disana kami dapat menyelesaikan masalah ini, berharap masih ada kedai membaik pulih kenderaan msih dibuka di waktu ini..dengan pemanduan yang agak pelahan dan berhati-hati memandangkan tar jalan raya yang licin dan basah, ditambah pula dengan tayar yang semakin kelihatan teruk..suasana sunyi menyelubungi kereta..

setelah puas berada di dalam kerisauan..."hah, kiter nak ke kuala kangsar terus ke nak terus masuk ke highwany nieh"...chot yang tiba-tiba bersuara setelah melihat papan tanda arah dihadapan kami..."masuk Kuala Kangsar dulu ah chot, ntah sampai mana kereta nie boleh bergerak, aku x mau tido tepi hutan"....manek menimbulkan ayat seribu kerisauan memandangkan cahaya matahari yang menerangi sudah bertukar kepada gelap malam...jam menunjukkan hampir pukul 8..

permanduan bertukar arah...melewati pekan Kuala Kangsar...suasana sunyi meyelubungi bandarnya...struktur bangunan lamanya diikuti dengan pencahayaan yang agak suram...menimbulkan suasana zaman british menakluk tanah melayu...jalan raya yang lengang meyebabkan aku terpikir cerita House of Wax, pekan Zombie dan macam-macam lagi cerita zombie hollywood yang telah aku tontoni...haih...terpengaruh ngan filem la plak...

sampai satu 'trafic light' kereta ini terpaksa diberhentikan kerana tidak lagi sanggup untuk chot memandunya memandangkan bunyi roda yang seperti merayu-rayu supaya tidak diteruskan permanduan...kami telah menahan seorang pakcik untuk bertanya kan kedai-kedai pembaikpulih kereta yang masih dibuka di waktu ini...dia menyatakan ada kedai dihujung jalan ini..namun tidak pasti adakah msih dibuka ataupun tidak...

keciwa..satu kedai pun tidak menampakkan ciri-ciri sedang beroperasi...kami mengambil keputusan untuk singgah makan disebuah kedai masakan panas ala thai...hati tengah risau mungkin dapat disejukkan oleh tom yam panas, mungkin?....kami memesan mkanan berasaskan nasi memandangkan kami belom menjumpai nasik sepanjang hari ini...di sini juga kami memikirkan langkah yang perlu diambil oleh kami selepas ini...dan keputusan dibuat dimana kami akan tido di masjid berdekatan dan membaiki kereta keesokkan harinya, dan meruskkan perjalanan...dengan izin Allah...

sedang kami melantak makanan seperti 2 hari tidak makan...kelihatan sekumpulan remaja dalam lingkungan 20-an datang ke kedai berkenaan..salah seorang daripadanya kelihatan seperti mekanik memandangkan baju putihnya penuh dgan minyak, seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia adalah seorang mekanik kepada kami..dan dia hanya minum-minum lepak-lepak bersama kawan-kawanya...

setelah hampir beberapa puluh minit berlalu...kami pon selesai menjamu selera...dan kumpulan remaja itu pon berlalu meninggalkan kedai itu...dan tinggal hanya seorang remaja yang berpakaian mekanik, siap dengan kasut keselamatan...aku pon menyuruh chot pergi bertanya kepada pemuda itu, chot mungkin tidak perasan akan kehadiran pemuda itu memandangkan dia membelakangi kumpulan pemuda itu..dan chot bergegas pergi mendekati pemuda berkenaan...

kelihatan chot berbual-bual dengan pemuda berkenaan dan terus menuju ke tempat chot 'parking kereta'...apa yang bincangkan oleh chot, aku dan manek tidak ambil peduli, kami masih lepak dikedai berkenaan..


bersambung....

Tuesday, March 24, 2009

suatu petang di teluk cempedak...

berjuta warna pelangi.....

.....sok presentasi psm....



..sok...24 bulan 3 2009...

....dihadapan panel dr. abdulrahman...dan encik fathi...

...semuga berjaya....


lalalala...berjuta warna pelangi...


ah...g mandi ah plak....

....berjalan malas ke blik mandi...

Friday, March 20, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 10

pekan Gerik..

pukul 2.** petang...

cuaca redup....

setibanya kami di pekan gerik...kami terus mencari bengkel yang dipetakan oleh mamat penjual durian..."selepas jambatan kamu akan jumpa bengkel kereta ini"...pesan mamat penjual durian itu..dan selapas menjumpai jambatan seperti yang beliau katakan...kami pon menuju ke arah bengkel tersebut...agak mudah dijumpai kerana bengkel tersebut hanya terletak ditepi jalan utama..

meninggal kan kereta itu sebentar dibengkel tersebut memandangkan mekanik itu perlukan sedikit masa untuk menyiapkan sebuah kereta yang sedang dibaikinya, dan kami mengambil keputusan untuk pergi solat di masjid berdekatan...walaupun berdekatan, kami harus melepasi jambatan itu kembali dan seterusnya melewati diantara balai polis dan taman rekreasi yang berada dihapadan balai polis berkenaan...

setelah solat...kami berbaring sejenak didalam masjid berkenaan..agak penat, dan perjalanan masih lagi jauh....setelah puas berbaring...kami keluar dan menuju ke teman rekreasi di telah dilewati tadi..disini terdapat satu monumen kereta polis lama...dijadikan tugu...setelah bergambar...kami menuju kembali kearah bengkel berkenaan...sebelum itu..kami telah berkunjung kestesen minyak berhampiran..dan mengisi perut yang tidak berapa lapar dengan sejumlah roti dan minuman tenaga...

setibanya kami di bengkel berkenaan..kelihatan PX baru pulang dari ujian permanduan...setelah berpuas hati dengan penerangan mekanik itu, chot menguruskan urusan pembayaran...harap2 lepas ini perjalanan semakin baik, kate aku dalam hati..

jam menunjukkan pukul 3 lebih dan kami masih berada tidak sampai separuh perjalanan ke ump yang terletak nun jauh digambang, ya masih sangat jauh berbanding dengan masa yang kami ada...jarak gerik ke Kuala Kangsar mengambil masa hampir 2 jam mengikut pengiraan dan statistik jarak...

hutan di kiri dan kanan sekali lagi menjadi peneman perjalanan kami, hujan yang lebat sekali sekala terpaksa dirempuhi sepanjang perjalanan kami, setiap kali hujan juga chot terpaksa memperlahankan halaju permanduan kerana jarak penglihatan yang terhad, kerana kabus yang terbentuk dicermin kereta akibat ketiadaan penyaman udara...

kira2 hampir 10 kilometer menghampiri Kuala Kangsar, sekali lagi masalah timbul...kedengaran bunyi pelik muncul dari arah hadapan kereta..bunyi letupan kecil disusuli dengan bunyi geseran kedengaran...aku menyuruh manek melihat ke arah tayar kanan hadapan setelah aku melihat tayar kiri tidak menunjukkan apa-apa kejadian yang mencurigakan...dan chot masih mengatakan pengawalan kereta yang semakin tidak stabil...

"aku rase kan, macam tayar itu tidak 'balance' la, cam tak betul jek, nak tercabut pon ade"...ujar manek dalam keadaan cuak.."ko jangan maen-maen manek, aku tendang ko kluar kang"..chot memberi amaran bagi manek supaya tidak membuat lawak bodoh di dalam situasi ini..."bearing pecah kot, baik ko behenti sekejap"...aku menyuruh chot berhenti dikaki lima jalan...hujan masih renyai2 dan jam mununjukkan hampir pukul 6 petang...batu penunjuk arah yang betul2 ditepi kami berhenti menunjukkan jarak Kuala Kangsar yang berada 7 km dari tempat kami berada....

bersambung....

Thursday, March 19, 2009

ABSTRAK

Faedah kesihatan bagi antioksida iaitu betacynin dalam pitaya merah telah menarik minat orang awam, industri makanan termasuk industri produk kecantikan dan kesihatan. Antioksida dari sumber asli yang terjamin selamat dapat menggantikan antioksida tiruan(sintetik) yang lebih bahaya kepada pengguna. Eksperimen telah dijalankan dalam mengekplorasi parameter berbeza bagi mendapatkan hasil yang paling optimum dalam kaedah pengekstrak ultrasonic, hasil minyak ekstrak diperolehi menggunakan alat putaran pengewapan dan kandungan vitamin C diuji menggunakan alat HPLC. Parameter yang digunakan ialah nisbah pelarut kepada pepejal yang berbeza (10 gram pitaya merah kering kepada 30 ml etanol, 10 gram pitaya merah kepada 50 ml etanol, 10 gram pitaya merah kepada 200 ml etanol, 10 gram pitaya merah 250 ml), kuasa ultrasonik yang berbeza (150 watt, 200 watt, 250 watt, 300 watt), dan perbezaan masa pengekstrakan ultrasonik ( 20 minit, 30 minit, 50 minit , 60 minit ) telah digunakan. Nilai vitamin C dalam hasil parameter pertama ialah 6.16380 mg/L. Seterusnya, hasil ini iaitu 10 gram pitaya merah kering dengan 250 ml etanol telah digunakan untuk parameter kedua dan nilai vitamin C telah diperolehi ialah 6.88542 mg/L. Hasil terbaik dari kedua-dua parameter telah dalam parameter ketiga dan hasil terbaik telah diperolehi iaitu 7.13589 mg/L pada 50 minit, 250 ml etanol dan 300 watt. Untuk sampel kawalan, sampel telah direndam di dalam etanol tanpa melalui pengekstrakan ultrasonic. Analisis menunjukkan bahawa tiada vitamin diperolehi melalui kaedah ini.

Monday, March 16, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 9

masih lagi di tapak jualan mamat penjual durian....

cuaca semakin gelap...

sedang enak menjamu durian...tiba2 hujan turun...walaupun hanya renyai2...ianya mampu membasahi muka bumi yang kegersangan....abang penjual durian mengambil duriannya lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta beliau..."durian nie x boleh terkena hujan, nanti cepat rosak"...kate abang penjual durian itu...kami pun turut same memunggah durian tersebut ke dalam bonet kereta beliau...dan berteduh dibawah pokok ditepi kereta beliau..ya, tidak ade payung dan abang penjual durian hanya mengambil kesempatan ke atas pokok berkenaan untuk menjual durian, tempat berteduh..

"nanti aku akan carik member aku kat pekan gerik sana, tengok ape-ape yang dia boleh bantu"...beliau hanya membahasakan diri beliau 'aku', mungkin jarak umur kami tidaklah jauh sangat...sepanjang perteduhan kami...kami berbual pasal tujuan perjalanan kami dan bagaimana kami boleh tersadai disitu, dan dia mengingatkan kami bahawa kami sudah tersalah arah, dimana arah yang kami ambil adalah menuju ke gerik dan gua musang...bukan arah yang menuju ke bandar Gerik dan seterusnya Kuala Kangsar...byak juga yang kami bualkan termasuklah keadaan semasa beliau...dan yang aku pasti dia seorang graduan Uitm, sekarang sedang berkerja dikulim, tetapi mengambil peluang semperna musim buah dengan menjual hasil dusun ayahnya, iaitu durian tersebut...sedikit sebanyak mengenai kereta chot dan kereta beliau yang sama model...

setelah hujan renyai2 itu berhenti, walaupun masih ade lagi titisan2 hujan...langit kelihatan semakin cerah...jam menunjukkan pukul 2 lebih....mamat penjual durian telah berlalu mencari kawannya si mekanik kereta...kami pon menunggu beliau di kereta...

setelah beberapa putung rokok chot hisap....mamat penjual durian itu tiba ditempat kejadian bersama seorang pemuda yang sama baya dengan beliau....melihat keadaan beliau yang comot dengan minyak2...sahlah dia seorang mekanik....seperti biasa...sesi bersalaman dijalankan..dan itu wajib...dia menyuruh bonet hadapan dibuka...."owh, kaburator da overflow nieh"..."cube pumpkan minyak"....si mekanik berkata...chot bertindak mengikut arahan si mekanik tersebut dan kelihatan minyak meleleh keluar kaburator PX...."nie betul da bocor abes nieh...da tak boleh buat apa nie, dia punya getah dalam nie da kena ganti"...dan si mekanik tersebut tidak mempunyai alat ganti tersebut lalu mencadangkan sebuah bengkel di pekan gerik...

walaupun kereta berjaya dihidupkan...keaadaannya mungkin tidak dapat bertahan lama, mungkin akan mati lagi mengikut pengiraannya si mekanik tersebut...'kamu telah membersihkan kaburator nieh ke?"..tnyer si mamat penjual durian melihatkan keadaan kaburator kereta yang kelihatan berkilat dan bersih...chot mengiyakan kerana mungkin member chot yang ditugaskan melihat kereta ini kelmarin telah membersih kan kaburator itu...

"kaburator ini sepatutnya tidak perlu dibersihkan"...mamat penjual durian itu mencelah lagi...melihatkan muke kami bertiga kelihatan blurr dengan keyataan beliau...beliau menyambung lagi.." dahulu kereta ini diisi mengunakan minyak berplumbum....plumbum yang terlekat pada kaburator akan berkumpul di kaburator seiring peredaran waktu, menutup setiap rekahan yang ade pada kaburator, pada getah kaburator, seterusnya menjadi 'seal' pada kaburator ini. so kamu sepatutnya tidak perlu membersihkan kaburator ini..." terang beliau bersungguh-sungguh, kami mengangguk tanda faham...

chot memandu pelahan-lahan kereta menuju ke pekan Gerik dan mamat penjual durian bersama mekanik menuju arah yang berlawanan dengan arah kami...



bersambung........

Friday, March 13, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 8

jam menunjukkan 1.32 tengah hari....

cuaca panas...awan hitam kelihatan....

kelihatan tiga org pemuda 20-an mundar mandir tepi sebuah kereta toyota corolla tahun 1976 bewarna merah dan bernombor pendaftaran PX #### yang tersadai tepi jalan raya..."camne nieh bulat"..."ntah, aku pon tak tau"..."minyak abes kot"..."takkan la...meter tunjuk bnyak agi minyak nieh"..."alaa...bkan boleh pecaya pon, ntah-ntah rosak" manek menyampuk....kami pon keluar dari kereta...aku membuka bonet hadapan yang menampakkan enjin kereta ini....bau petrol keluar dari bonet serentak dengan bukaan bonet...kelihatan asap nipis di bahagian kaburator...

kami mengambil langkah biasa yang dilakukan oleh manusia biasa yang kerosakan kereta, iaitu menolaknya...namun hasil tolakan kali ini gagal...hanya letih yang kami dapat...aku menyandarkan badan aku ke kereta ini....menguyah kuaci yang masih lagi banyak sambil melihat kenderaan yang jarang2 melintasi kami....

"aku rase kan, blakang kebun getah nie sempadan Thailand ah"...."kite berada di Gerik...hurmmm...memang dekat ngan sempadan ah"....kate aku yang menyebabkan muka manek kelihatan gelisah...chot hanya ketawa...

kira-kira 20 meter dihapadan kami...kelihatan sebuah kereta berwarna putih, bertentangan dengan arah kami tapi masih dilorong yang sama...kereta itu kelihatan sama model dengan PX..."sane ade kereta rosak juga lah bulat"..kate chot sambil menunjukkan ke arah hadapan kami...dan aku dan chot bergegas ke arah kereta itu....berjalan meninggal kan manek yang ditugasakan menjaga kereta...sebelom kami sampai kelihatan sebuah kereta MPV berwarna hitam berhenti...betul betul berhampiran kereta itu...

setelah sampai...kelihatan longgokkan durian diatas tanah bersama seorang pemuda linggukan umur 25-30 tahun...dan sekumpulan pakcik yang sedang enak menjamu durian...tertera di MPV itu lambang logo Uitm......"nak beli durian ke?"..kate pemuda itu...namun setelah memberi tahu tujuan asal kami kesitu...."haha, mkan durian dulu, nanti elok ah tuh", nyampuk salah seorang ahli pakcik-pakcik pemakan durian..."ces...buleh plak bagi cadangan mkan durian dlu, siap gelak plak tuh"..kate aku dalam hati....

dan aku ngan chot mengambil keputusan untuk mengikuti kate pakcik2 itu kerana pakcik2 itu bersungguh-sungguh dengan expressi muka yang menyakinkan mengatakan durian itu betul-betul sedap...dan beberapa minit setelah kami berhenti, kumpulan pakcik2 telah habis menjamu durian...berlalu meninggal aku, chot dan mamat panjual durian...chot melambai-lambai ke arah manek memberi isyarat supaya datang ke tempat kami...6 biji durian untuk 10 ringgit malaysia dijual...dan kami meyerahkkan kepada beliau dalam aspek pemilihan buah kerana kami yakin beliau lebih berkelayakkan...begitu juga dengan teknik pengopekkan buah...dan kami hanya menikmati satu persatu buah durian yang kuning dan amat lemak manis itu..

bersambung....

Wednesday, March 11, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 7

......

satu kebetulan atau sememangnya nasib kami baik pada hari kejadian....kami berjaya melepasi road block itu dengan tanpa jayanya...hanya senyuman sinis dan tanda arahan pergi yang ditunjukkan oleh pegawai polis itu....tidak ada unsur2 mistik seperti membaca mantera diamalkan dalam situasi ini..kertas azimat masih lagi tersimpan kemas di dalam 'dashboard' PX...muka 'ketat' dan 'cemas' yang telah diwujudkan bagi memancing pegawai polis itu kini hilang, berlalu mengikut peredaran kami yang semakin jauh meninggalkan sekatan jalan raya itu...

setelah agak jauh dengan kawasan kejadian, aku sempat membelek-belek kertas azimat yang diamanatkan oleh pakcik empunya asal kereta ini...hanya membelek....dan sempat bergurau dengan muka yang agak serius..."berguna jugak kertas ini erk, kalo gitu tak payah sambung road tax ah selepas ini"...dan kami malas menghurai panjang tentang kejadian berkenaan, kerana perjalanan masih lagi jauh...bernasib baik kali ini amat bermakna bagi kami...

setelah melepasi pekan pengkalan hulu yang sibuk dengan aktiviti ekonominya...mengikut perancangan, kami menuju ke Gerik dimana disitu kami akan mengambil simpang yang akan menuju ke Kuala Kangsar....perjalanan ke Gerik masih memperlihatkan aktiviti pendakian dan penurunan bukit, cuma tidak sehebat perjalanan dari pekan Baling ke Pengkalan Hulu...lebih landai tapi masih dengan udara yang nyaman...senyaman mengemam gula2 'halls'....

setelah perjalanan hampir satu jam melepasi pekan Pengakalan Hulu, bau petrol yang kuat datang dari arah hadapan kereta, cermin kereta yang masih lagi terbuka luas menyebabkan bau petrol menyapa2 setiap rongga hidung aku, diselangi udara nyaman hutan di kiri dan kanan jalan raya...aku pandang ke arah chot...masih selesa memandu kereta...dan manek sedang asyik pandang ke arah luar cermin kereta..macam tidak ada apa-apa yang berlaku...

kami melepasi satu papan tanda arah...yang menunjukkan ade persimpangan dihapadan dimana arah yang patut kami ambil untuk menuju ke pekan Gerik seterusnya ke Kuala Kangsar...akan tetapi, kami semua tidak perasan apa yang ditulis dipapan tanda berkenaan memandangkan papan tanda berkenaan sedikit tersorok dari pandangan kami, mungkin juga keadaaan tidak strategik papan tanda berkenaan yang kelihatan sedikit terlindung oleh daun-daun pokok berhampiran...

dihadapan...pesimpangan semakin kelihatan menghampiri kami...semakin dekat untuk kami membuat keputusan, jalan atau persimpangan mana yang patut kami ambil...dalam masa itu juga...enjin PX tiba2 meragam...pedal minyak ditekan namun enjin nya bergelodak,ekzos meletup2 macam ekzos enjin turbo dalam kejohanan rally felda...makin pedal minyak ditekan, makin menyebabkan enjin bergelodak...seterus nya nadi yang menggerakkan PX ini sunyi...mati, hanya tenaga keupayaan hasil cerunan bukit mengerakkan kami ke hadapan...dan seterusnya kami mengambil jalan menuju ke kanan simpang itu...yang mengarahkan permanduanya ke kaki lima jalan dan parking...

hampir 10 meter dibelakang kami adalah simpang yang kami tempuhi tadi...dan dihadapan kami kelihatan papan arah yang menunjukkan arah gerik dan gua musang....kami sudah tersalah arah dan kami tersadai ditepi jalan dimana kiri dan kanan adalah ladang getah....


bersambung.....

Tuesday, March 10, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 6

jam menunjukkan hampir 1 tengah hari

berada atas jalan raya diantara diantara pekan baling dan pengkalan hulu(Perak)...

cuaca cerah, sedikit berawan..


kami berjaya melepasi pendakian bukit2 banjaran titiwangsa yang agak cerun...pada stu perdakian yang agak tinggi dan diantara tertinggi sepanjang perjalanan kami...kami telah berehat di satu kawasan rehat dan rawat (R&R) yang telah terbengkalai...satu tempat yang mempunyai permandangan tanah tinggi yang memperlihatkan kawasan sekitarnya yang cantik dengan jelas....kedai2 yang usang tanpa penghuni menjadi tandas awam...ini kerana tandas awam kwsan sekitar nya telah tidak lagi logik bagi bagi seorang manusia dapat menhidu bau apatah lagi melihat keadaan fizikalnya...

setelah menunaikan hajat kami disemak2 berhampiran...kami meneruskan perjalanan mengharungi selekoh2 tajam dan turun naik mandaki bukit...keaadan kereta yang nampak selesa mengharungi keadaan demikian membuat kan kitaorg masih tersenyum selesa...

hampir memasuki sempadan negeri Perak, iaitu menghampiri pekan pengkalan hulu, satu sekatan jalan raya telah dijalankan oleh pihak polis tempatan...kami cemas...terdiam...mencari tali pinggang keselamatan yang telah bersimpul ditepi tempat duduk kereta ini..kelihatan beberapa pegawai polis yang bersenjatakan M16 berdiri memehatikan suasana...chot memandu pelahan2 melepasi seorang pegawai polis yang betul2 berdiri ditepi kereta ini...aku cemas...menarik muka untuk senyum dalam keadaan yang begitu cemas menyebabkan hanya gusi yang kelihatan dimuka chot...bukan senyuman manis yang telah diharapkan....aku memerhatikan road tax kereta sambil menjeling kearah pegawai polis yang memegang M16 itu...dia memerhatikan kami tanpa menunjukkan sebarang expressi muka...

Friday, March 6, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 5

......

jam menunjukkan pukul 11.05 minit pagi....chot membanyar harga servis yang telah dijalankan....note ringgit malaysia 50 telah berbaki 15 ringgit...35 ringgit.... itu lah harga yang servis yang aku rasakan tidak berapa berbaloi, mungkin kerana tak paham ape yang di'setting'kannya....kereta dikeluarkan....sedia untuk digunakan....

keluar dari simpang yang menhubungkan jalan msuk ke kedai servis dan jalan utama, chot trus memecut....test power agaknya...tingkap kereta aku buka luas2 untuk merasakan angin segar dari swah padi yang menghijau....radio yang suaranya kelam2 kerana hanya stu speaker yang berfungsi....tetap dilyan..tetap dikaraoke oleh kami bertiga...berseronok melayan lagu yang telah diputarkan oleh DJ yang bertugas...

"mane kita nak pegi nie chot"...manek bertanya kepada chot sambil menghulur kan kepala ke hadapan diantara kami berdua(dgn muka blurr abes)...."baling, korang perhatikan sedikit papan tanda"..ujar chot....dan sepanjang perjalanan...kami hanya berpandukan papan tanda...pantang ade perkataan baling dipapan tanda berkenaan...pasti kami aku dan manek akan buat2 gelabah dan mejerit2 baling!!! baling!!! dengan kuat....mungkin takut terlepas....

jarak antara Alor Setar dengan baling hampir 80 km...sepanjang perjalanan, aku menikmati permandangan sekitarnya yang sejuk dan menyamankan sambil mengunyah kuaci...suasana sawah padi bertukar kepada mood hutan, kebun dan ladang, lebih menyejukkan dan amat menyamankan diselangi kampung kampung kecil...sungguh indah...musim buah menyebabkan hampir setiap setiap pokok rambutan betukar warna...merah..kuning mengikut spesis pokok itu sendiri....dan sepanjang perjalanan itu juga kelihatan hasil2 kebun dijual ditepi2 jlan...segar dari kebun...

sepanjang perjalanan ini..lwak2 bodoh manek yang tengelam timbul dek bunyi ekzos PX tetap digelak oleh kami hampir sepanjang perjalanan ke baling...seronok dan tenaga masih lagi banyak....sampai dibaling kami terus menuju ke pengkalan hulu dimana sebuah pekan diantara sempadan perak dan kedah...jarak diantara pekan baling dan pekan pengkalan hulu dalam 10 km..cuma landskap telah berubah dari pemukaan tanah landai ke kawasan mendaki....berbukit bakau...pendakian yang puratanya hampir 45 darjah sudut kecerunan membuat kan terpikir...lepas ke PX nak mendaki nieh....

bersambung....

Wednesday, March 4, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 4

perkarangan garaj perkhidmatan menukar tayar..

jam menunjukkan 10.30 pagi..

cuaca masih cerah lagi...

"haiya...ini macam kereta susah skit ooo mau balance...itu die punyer stereng ade sedikit longgar...sedikit2 boleh la kitaorg adjust."...suara pelat2 mekanik itu telah mengejutkan chot dari lamunan dan kesedapan isapan asap rokok berjanama antarabangsa....chot terus bgun dari kerusi kereta terpakai yang telah diletakkan satu penjuru kedai itu...terus mendekatkan diri kepada mekanik itu yang kelihatan sedang memusing2 stereng PX...mungkin tgh menyakinkan chot yang dia tgh buat kerja...chot menganggukkan kepala buat2 pham...aku ngan manek sdang melihat lihat deretan rim kereta yang dipamerkan pada satu ruang dalam kedai itu...malas nak sbuk2 tgk mekanik itu buat kerja...bukan boleh tolong pun...

setelah bosan menunggu....manek mengajak aku mencari peta bagi membantu perjalanan kami...aku terus bersetuju memandangkan chot pon tidak tahu jalan untuk kami lalui memandangkan kami tidak mahu menggunakan lebuh raya PLUS yang telah disediakan oleh kerajaan malaysia...aku dan manek berjalan ke sebuah kedai buku yang terletak agak sedikit hujung deretan blok kedai yang sebaris dengan kedai menukar tayar ini...dengan harapan menjumpai peta memandangkan kami telah kecewa di stesen minyak yang kami singgah sebelumnya...

manek membuka pintu...kosong...orang yang bertangungjawab menjaga kedai ini tidak kelihatan...kami menhulurkan salam...tiba2 muncul seorang gadis dari sebuah pintu...pintu stor agaknya....tersenyum...kami terus memberitahu hajat kami kemari iaitu mencari peta malaysia...dia menunjukkan dengan jari beliau arah yang ptt kami tuju dan kami bergegas memhampiri menhampiri tempat yang beliau arahkan...meninjau2 dimanakan peta malaysia yang kami cari itu....dan hasilnya kami hanya mejumpai peta malaysia untuk sesi pembelajaran sekolah...yang untuk ditampal dalam kelas di waktu sesi pembelajaran geografi sewaktu masa dahulu....bkan peta yang kami harapkan untuk jadi penunjuk arah perjalanan yang bakal kami tempuhi..

bersambung.....

Tuesday, March 3, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 3

bertolak blik ke UMP...21.7.2008...(isnin)

jam menunjukkan pukul 10.14 pagi...

cuaca masih lagi cerah...


kami meneruskan perjalanan pulang kami....tentang cukai jlan kami letak tepi..insyaallah...selamat...sebaik sahaja keluar dari stesen minyak...chot membelok ke stu simpang menuju ke kedai perkhidmatan menukar tayar...."aku nak alignment tayar kereta ini lah sekejap"...kate chot..."bkan ko da baiki ke kereta ni smalam"...kate manek...kereta terus terdorong ke dalam garaj...dan chot trus bercakap dgan seorang mekanik tujuan dia kesini...dan kerja2 pembaikpulihan PX untuk pengendalian lebih baik dijalan kan....

imbas kembali sewaktu kami mula mengambil kereta ini pada hari sebelumnya....disebuah rumah ditepi kwasan swah padi yang terbentang luas...PX tersadai ditepi umah...aku kagum dan teruja melihat keadaan PX yang masih elok walaupon usianya tidak menggambarkan keadaan demikian....keadaan 'body' nya yang masih elok diselaputi cat merah ferrari...berkilat dek silauan pantulan panas mentari....keadaan itu menyebabkan manek sempat posing dengan PX ini dengan mengunaan kamera hensetnya...

salam diberi kepada tuan rumah..tetapi bkan tuan asal empunya kereta ini...aku dimaklumkan chot bahawa ini adalah kenalan kepada tuan asal kepada kereta ini.. sesi bercakap dan beramah mesra dijalankan di kwasan rumah...ini kerana pakcik yang dlam usia 40 ini ada urusan kerja diluar yang perlu diselesaikan nya...tidak dapat la kami merasa pelawaan jamuan air teh dan kueh mueh...

kunci da serahkkan...aku ditugaskan untuk membawa PX ini kesebuah tempat dimana member chot akan melakukan kerja2 sedikit pembaikpulihan....perhatikan apa2 yang tidak kena pada kereta ini memandangkan sewaktu aku hendak hidupkan kereta ini...kereta ini tidak dapat dihidupkan...mugkin kerana terlalu lama tersadai di tepi rumah ini menyebabkan baterinya lemah...kerja2 penolakkan dilakukan tehadap kereta ini dalam usaha menghidupkannya...kereta ini berjya dihidupkan dengan kuasa tolakan manek, chot dan pakcik itu....chot tersenyum...manek mengeluh kepenatan kerana telah 3 kali ulangan tolakan dilakukan bagi memastikan kereta ini hidup...

chot memandu kereta ayahnya dan memberi arahan kepada aku dan manek supaya mengekori dia ke bengkel membernya....sampai disana...kereta ditinggalkan dan kami pergi kerumah chot sebelum meneruskan aktiviti perlancongan...member chot akan meneruskan kerja selanjutnya bagi memastikan keadaan PX dalam keadaan yang bagus dan selamat untuk perjalan jauh terutama bahagian enjin nya...

bersambung.....

Monday, March 2, 2009

cap jariku....

aku terbaca(mmg sngaja membaca pon) sebuah artikel yang bertajuk "rahsia cap jari" di akhbar kosmo ari nie....artikel ini menerangkan bahawa kejadian cap jari itu sendiri menentukan bkat yang ada dalam diri seseorang....kecedurungan otak manusia itu sendiri...

iya boleh menentukan kejayaan seseorang dimasa akan datang..tapi kalo mals camne pon tidak menjdai jgak....takkan bejaya nya...cuma satu pilihan dimana membolehkan kiter membuat pilihan yang bijak supaya tidak tersasar dimasa hadapan....

anda boleh membaca selanjutnya di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

hurmm...disini cume aku terpikir atau khuatir kedudukan aku skang...nak jgak try test...apa yang boleh ditunjukkan oleh sistem itu terhadap diri aku skang...cenderung ke arah mane....adakah aku berada di landasan yang betul..huhu...mungkin sudah terlewat...atau mungkin bleh lagi mengubah keaadaan...

haha...apa2 pon...itu cume kebimbangan....life must go on...pape pon..jadi diri yang sbenar...pkse2 pon...xleh g jauhnyer...mungkin betul..


just wondering...

Sunday, March 1, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 2

bertolak blik ke UMP...21.7.2008...(isnin)

pagi yang cerah..


di sini sebenarnya pegembaraan sebenar bermula...bertolak awl pagi adalah stu pilihan kami dan mengikot perancangan kami bahawa kami akan sampai pad waktu mlam dihari ini juga..deruman engine toyota corrola tahun 1976 yang bersesaran 1300 cc ini telah membwa kami ke stesen miyak berhampiran...di sini...keperluan untuk mengerakkan jentera ini telah diisi...dan sedikit bekalan mkanan telah ditaja oleh diri sendiri jgak telah dipenuhi....untuk perjalanan yang jauh...

setelah semuanya selesai....tapi kami harus menunggu tuan empunya kereta membawa sekeping document bernama cukai jalan(road tax) yang telah diperbaharui...setelah hampir setengah jam dengan aksi drama berbalas pangillan telefon antara chot dengan tuan asal kereta...akhirnya kelibat beliau muncul dengan menaiki motosikal...seorang pakcik dlam lingkukan umur 40 an...kitaorg pon bersalam memperkenalkan diri...dan dgan keciwa dia memberitahu bahawa cukai jalan tidak dapat diperbaharui dlam mase terdekat ini...

setelah berbual tentang keadaan semasa dengan alasan kenapa cukai jalan tidak dapat diperbaharui...kami pasrah walaupon chot agak bengang kerana sudah lebih dari seminggu dia telah memberikan tempoh untuk uruskan cukai jalan itu...tapi kata2 manis uncle itu yang lebih kepada ayat penyedap hati telah mencairkan hati kitaorg...kitaorng nekad untuk membawa PX ini balik ke UMP jgak...walaupon tampa cukai jlan yang sah...dan seraya uncle itu berkata "disini ade sesuatu yang pakcik amal kan" sambil menunjukkan sekeping kertas yang tertulis ayat suci Al-Quran diatasnya yang diambil dalm dashbord PX...dia berkata lagi..."pakcik da simpan lama da menda nieh...insyaallah..kalo ade sekatan jalan raya(road block)...sure lepas"...dengan mengunakan loghat kedahnya....

setelah aksi drama abes...dan uncle itu pon telah meletakkan kembali kertas azimat road block lpas nya ditempat asalnya...kitaorg besalam sambil mengucapkan selamat jalan....uncle itu bergegas menunggang motonya dan memecut ilang dari pandangan kami...tinggal kami bertiga...dan chot membelek-belek kertas azimat road block lepas itu...hurmm....kami bepikir..boley pakai ke...takpela....untung2 boleh...mempercayai kepada menda tu boley lpas road block kan boleh mendatangkan syirik pulak..ape2 pon datang dari Allah s.w.t...

bersambung.....

da lagedary journey with PX from AS to UMP

sem lpas...(18.7.2008)..jumaat


caritanya bermula begini...


"aku nak balik amek kereta aku ah kat kg"...kate chot(bkan nama sbenar)..."aku nak ikot ko la chot"....kate aku...manek pon ikot berbuat demikian...kitaorg berbuat demikian ats sbb2 pakej perlancongan menarik ke kedah(peginapan percuma)....pertama kali ke negeri jelapang padi...pengalaman pertama ke tempat baru sentiasa memberi kan aku gambaran yg menarik..hanya pekara yg menarik....hurmm...

bermula la perjanan ku kedah...bertolak mlam....sejuk...menaiki bas utama ekspress ke kedah adalah pekara biasa bagi stdent mcm aku...mungkin hampir kebayakkan orang...perjalanan hampir 12 jam menyebabkan kami sampai keesokkan pagi....sejuk sepanjang mlam membuatkan aku menyesal kerana telah mengutuk awek sebelah(seat single) kerana mengunakan selimut persis tido dlam bliknya sendiri..berbungkus seluruh badanya...kalo sekali pandang...da cam hantu...baru ku tahu pengalaman dier lagi byak dari aku...

sampainya dikedah...kitorg teruskanla aktiviti yang sepatutnya dilakukan oleh pelacong cam kami...meneroka tempat2 menarik di sekitar alor setar...da kwasan sekitarnya....makanan...laksa telok kecai...padi menhijau seliuas mata memandang...bertuah berada di kedah diwaktu itu kerana padi msih menhijau....

bersambung....

Saturday, February 28, 2009

testing2...

nie adalah untuk testing posting...1 2...3...ok....ok3......