Friday, March 20, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 10

pekan Gerik..

pukul 2.** petang...

cuaca redup....

setibanya kami di pekan gerik...kami terus mencari bengkel yang dipetakan oleh mamat penjual durian..."selepas jambatan kamu akan jumpa bengkel kereta ini"...pesan mamat penjual durian itu..dan selapas menjumpai jambatan seperti yang beliau katakan...kami pon menuju ke arah bengkel tersebut...agak mudah dijumpai kerana bengkel tersebut hanya terletak ditepi jalan utama..

meninggal kan kereta itu sebentar dibengkel tersebut memandangkan mekanik itu perlukan sedikit masa untuk menyiapkan sebuah kereta yang sedang dibaikinya, dan kami mengambil keputusan untuk pergi solat di masjid berdekatan...walaupun berdekatan, kami harus melepasi jambatan itu kembali dan seterusnya melewati diantara balai polis dan taman rekreasi yang berada dihapadan balai polis berkenaan...

setelah solat...kami berbaring sejenak didalam masjid berkenaan..agak penat, dan perjalanan masih lagi jauh....setelah puas berbaring...kami keluar dan menuju ke teman rekreasi di telah dilewati tadi..disini terdapat satu monumen kereta polis lama...dijadikan tugu...setelah bergambar...kami menuju kembali kearah bengkel berkenaan...sebelum itu..kami telah berkunjung kestesen minyak berhampiran..dan mengisi perut yang tidak berapa lapar dengan sejumlah roti dan minuman tenaga...

setibanya kami di bengkel berkenaan..kelihatan PX baru pulang dari ujian permanduan...setelah berpuas hati dengan penerangan mekanik itu, chot menguruskan urusan pembayaran...harap2 lepas ini perjalanan semakin baik, kate aku dalam hati..

jam menunjukkan pukul 3 lebih dan kami masih berada tidak sampai separuh perjalanan ke ump yang terletak nun jauh digambang, ya masih sangat jauh berbanding dengan masa yang kami ada...jarak gerik ke Kuala Kangsar mengambil masa hampir 2 jam mengikut pengiraan dan statistik jarak...

hutan di kiri dan kanan sekali lagi menjadi peneman perjalanan kami, hujan yang lebat sekali sekala terpaksa dirempuhi sepanjang perjalanan kami, setiap kali hujan juga chot terpaksa memperlahankan halaju permanduan kerana jarak penglihatan yang terhad, kerana kabus yang terbentuk dicermin kereta akibat ketiadaan penyaman udara...

kira2 hampir 10 kilometer menghampiri Kuala Kangsar, sekali lagi masalah timbul...kedengaran bunyi pelik muncul dari arah hadapan kereta..bunyi letupan kecil disusuli dengan bunyi geseran kedengaran...aku menyuruh manek melihat ke arah tayar kanan hadapan setelah aku melihat tayar kiri tidak menunjukkan apa-apa kejadian yang mencurigakan...dan chot masih mengatakan pengawalan kereta yang semakin tidak stabil...

"aku rase kan, macam tayar itu tidak 'balance' la, cam tak betul jek, nak tercabut pon ade"...ujar manek dalam keadaan cuak.."ko jangan maen-maen manek, aku tendang ko kluar kang"..chot memberi amaran bagi manek supaya tidak membuat lawak bodoh di dalam situasi ini..."bearing pecah kot, baik ko behenti sekejap"...aku menyuruh chot berhenti dikaki lima jalan...hujan masih renyai2 dan jam mununjukkan hampir pukul 6 petang...batu penunjuk arah yang betul2 ditepi kami berhenti menunjukkan jarak Kuala Kangsar yang berada 7 km dari tempat kami berada....

bersambung....

No comments: