Thursday, March 19, 2009

ABSTRAK

Faedah kesihatan bagi antioksida iaitu betacynin dalam pitaya merah telah menarik minat orang awam, industri makanan termasuk industri produk kecantikan dan kesihatan. Antioksida dari sumber asli yang terjamin selamat dapat menggantikan antioksida tiruan(sintetik) yang lebih bahaya kepada pengguna. Eksperimen telah dijalankan dalam mengekplorasi parameter berbeza bagi mendapatkan hasil yang paling optimum dalam kaedah pengekstrak ultrasonic, hasil minyak ekstrak diperolehi menggunakan alat putaran pengewapan dan kandungan vitamin C diuji menggunakan alat HPLC. Parameter yang digunakan ialah nisbah pelarut kepada pepejal yang berbeza (10 gram pitaya merah kering kepada 30 ml etanol, 10 gram pitaya merah kepada 50 ml etanol, 10 gram pitaya merah kepada 200 ml etanol, 10 gram pitaya merah 250 ml), kuasa ultrasonik yang berbeza (150 watt, 200 watt, 250 watt, 300 watt), dan perbezaan masa pengekstrakan ultrasonik ( 20 minit, 30 minit, 50 minit , 60 minit ) telah digunakan. Nilai vitamin C dalam hasil parameter pertama ialah 6.16380 mg/L. Seterusnya, hasil ini iaitu 10 gram pitaya merah kering dengan 250 ml etanol telah digunakan untuk parameter kedua dan nilai vitamin C telah diperolehi ialah 6.88542 mg/L. Hasil terbaik dari kedua-dua parameter telah dalam parameter ketiga dan hasil terbaik telah diperolehi iaitu 7.13589 mg/L pada 50 minit, 250 ml etanol dan 300 watt. Untuk sampel kawalan, sampel telah direndam di dalam etanol tanpa melalui pengekstrakan ultrasonic. Analisis menunjukkan bahawa tiada vitamin diperolehi melalui kaedah ini.

1 comment:

ungufaiza said...

nk cntik..nk cntik..

kena pakai product ko ker?

hehee

patut la asik away je..