Wednesday, March 25, 2009

Kuala Kangsar yang Seram~~....da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 11


....


kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Kuala Kangsar...mungkin disana kami dapat menyelesaikan masalah ini, berharap masih ada kedai membaik pulih kenderaan msih dibuka di waktu ini..dengan pemanduan yang agak pelahan dan berhati-hati memandangkan tar jalan raya yang licin dan basah, ditambah pula dengan tayar yang semakin kelihatan teruk..suasana sunyi menyelubungi kereta..

setelah puas berada di dalam kerisauan..."hah, kiter nak ke kuala kangsar terus ke nak terus masuk ke highwany nieh"...chot yang tiba-tiba bersuara setelah melihat papan tanda arah dihadapan kami..."masuk Kuala Kangsar dulu ah chot, ntah sampai mana kereta nie boleh bergerak, aku x mau tido tepi hutan"....manek menimbulkan ayat seribu kerisauan memandangkan cahaya matahari yang menerangi sudah bertukar kepada gelap malam...jam menunjukkan hampir pukul 8..

permanduan bertukar arah...melewati pekan Kuala Kangsar...suasana sunyi meyelubungi bandarnya...struktur bangunan lamanya diikuti dengan pencahayaan yang agak suram...menimbulkan suasana zaman british menakluk tanah melayu...jalan raya yang lengang meyebabkan aku terpikir cerita House of Wax, pekan Zombie dan macam-macam lagi cerita zombie hollywood yang telah aku tontoni...haih...terpengaruh ngan filem la plak...

sampai satu 'trafic light' kereta ini terpaksa diberhentikan kerana tidak lagi sanggup untuk chot memandunya memandangkan bunyi roda yang seperti merayu-rayu supaya tidak diteruskan permanduan...kami telah menahan seorang pakcik untuk bertanya kan kedai-kedai pembaikpulih kereta yang masih dibuka di waktu ini...dia menyatakan ada kedai dihujung jalan ini..namun tidak pasti adakah msih dibuka ataupun tidak...

keciwa..satu kedai pun tidak menampakkan ciri-ciri sedang beroperasi...kami mengambil keputusan untuk singgah makan disebuah kedai masakan panas ala thai...hati tengah risau mungkin dapat disejukkan oleh tom yam panas, mungkin?....kami memesan mkanan berasaskan nasi memandangkan kami belom menjumpai nasik sepanjang hari ini...di sini juga kami memikirkan langkah yang perlu diambil oleh kami selepas ini...dan keputusan dibuat dimana kami akan tido di masjid berdekatan dan membaiki kereta keesokkan harinya, dan meruskkan perjalanan...dengan izin Allah...

sedang kami melantak makanan seperti 2 hari tidak makan...kelihatan sekumpulan remaja dalam lingkungan 20-an datang ke kedai berkenaan..salah seorang daripadanya kelihatan seperti mekanik memandangkan baju putihnya penuh dgan minyak, seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia adalah seorang mekanik kepada kami..dan dia hanya minum-minum lepak-lepak bersama kawan-kawanya...

setelah hampir beberapa puluh minit berlalu...kami pon selesai menjamu selera...dan kumpulan remaja itu pon berlalu meninggalkan kedai itu...dan tinggal hanya seorang remaja yang berpakaian mekanik, siap dengan kasut keselamatan...aku pon menyuruh chot pergi bertanya kepada pemuda itu, chot mungkin tidak perasan akan kehadiran pemuda itu memandangkan dia membelakangi kumpulan pemuda itu..dan chot bergegas pergi mendekati pemuda berkenaan...

kelihatan chot berbual-bual dengan pemuda berkenaan dan terus menuju ke tempat chot 'parking kereta'...apa yang bincangkan oleh chot, aku dan manek tidak ambil peduli, kami masih lepak dikedai berkenaan..


bersambung....

2 comments:

ungufaiza said...

hahaha..
mana ad suram cm citer hantu lah..
kuala best ah..
byk lampu2..
masa ko dtg xder letrik kot..~

bulatan™ said...

hehe..aku terpergi tempat yang meyeramkan..haha nak buat camne..