Friday, March 13, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 8

jam menunjukkan 1.32 tengah hari....

cuaca panas...awan hitam kelihatan....

kelihatan tiga org pemuda 20-an mundar mandir tepi sebuah kereta toyota corolla tahun 1976 bewarna merah dan bernombor pendaftaran PX #### yang tersadai tepi jalan raya..."camne nieh bulat"..."ntah, aku pon tak tau"..."minyak abes kot"..."takkan la...meter tunjuk bnyak agi minyak nieh"..."alaa...bkan boleh pecaya pon, ntah-ntah rosak" manek menyampuk....kami pon keluar dari kereta...aku membuka bonet hadapan yang menampakkan enjin kereta ini....bau petrol keluar dari bonet serentak dengan bukaan bonet...kelihatan asap nipis di bahagian kaburator...

kami mengambil langkah biasa yang dilakukan oleh manusia biasa yang kerosakan kereta, iaitu menolaknya...namun hasil tolakan kali ini gagal...hanya letih yang kami dapat...aku menyandarkan badan aku ke kereta ini....menguyah kuaci yang masih lagi banyak sambil melihat kenderaan yang jarang2 melintasi kami....

"aku rase kan, blakang kebun getah nie sempadan Thailand ah"...."kite berada di Gerik...hurmmm...memang dekat ngan sempadan ah"....kate aku yang menyebabkan muka manek kelihatan gelisah...chot hanya ketawa...

kira-kira 20 meter dihapadan kami...kelihatan sebuah kereta berwarna putih, bertentangan dengan arah kami tapi masih dilorong yang sama...kereta itu kelihatan sama model dengan PX..."sane ade kereta rosak juga lah bulat"..kate chot sambil menunjukkan ke arah hadapan kami...dan aku dan chot bergegas ke arah kereta itu....berjalan meninggal kan manek yang ditugasakan menjaga kereta...sebelom kami sampai kelihatan sebuah kereta MPV berwarna hitam berhenti...betul betul berhampiran kereta itu...

setelah sampai...kelihatan longgokkan durian diatas tanah bersama seorang pemuda linggukan umur 25-30 tahun...dan sekumpulan pakcik yang sedang enak menjamu durian...tertera di MPV itu lambang logo Uitm......"nak beli durian ke?"..kate pemuda itu...namun setelah memberi tahu tujuan asal kami kesitu...."haha, mkan durian dulu, nanti elok ah tuh", nyampuk salah seorang ahli pakcik-pakcik pemakan durian..."ces...buleh plak bagi cadangan mkan durian dlu, siap gelak plak tuh"..kate aku dalam hati....

dan aku ngan chot mengambil keputusan untuk mengikuti kate pakcik2 itu kerana pakcik2 itu bersungguh-sungguh dengan expressi muka yang menyakinkan mengatakan durian itu betul-betul sedap...dan beberapa minit setelah kami berhenti, kumpulan pakcik2 telah habis menjamu durian...berlalu meninggal aku, chot dan mamat panjual durian...chot melambai-lambai ke arah manek memberi isyarat supaya datang ke tempat kami...6 biji durian untuk 10 ringgit malaysia dijual...dan kami meyerahkkan kepada beliau dalam aspek pemilihan buah kerana kami yakin beliau lebih berkelayakkan...begitu juga dengan teknik pengopekkan buah...dan kami hanya menikmati satu persatu buah durian yang kuning dan amat lemak manis itu..

bersambung....

1 comment:

m U c h ! k said...

duriannnnnnnnnnnnnnnnnnnn... lame x mkn..mengidam la plak