Monday, March 16, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 9

masih lagi di tapak jualan mamat penjual durian....

cuaca semakin gelap...

sedang enak menjamu durian...tiba2 hujan turun...walaupun hanya renyai2...ianya mampu membasahi muka bumi yang kegersangan....abang penjual durian mengambil duriannya lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta beliau..."durian nie x boleh terkena hujan, nanti cepat rosak"...kate abang penjual durian itu...kami pun turut same memunggah durian tersebut ke dalam bonet kereta beliau...dan berteduh dibawah pokok ditepi kereta beliau..ya, tidak ade payung dan abang penjual durian hanya mengambil kesempatan ke atas pokok berkenaan untuk menjual durian, tempat berteduh..

"nanti aku akan carik member aku kat pekan gerik sana, tengok ape-ape yang dia boleh bantu"...beliau hanya membahasakan diri beliau 'aku', mungkin jarak umur kami tidaklah jauh sangat...sepanjang perteduhan kami...kami berbual pasal tujuan perjalanan kami dan bagaimana kami boleh tersadai disitu, dan dia mengingatkan kami bahawa kami sudah tersalah arah, dimana arah yang kami ambil adalah menuju ke gerik dan gua musang...bukan arah yang menuju ke bandar Gerik dan seterusnya Kuala Kangsar...byak juga yang kami bualkan termasuklah keadaan semasa beliau...dan yang aku pasti dia seorang graduan Uitm, sekarang sedang berkerja dikulim, tetapi mengambil peluang semperna musim buah dengan menjual hasil dusun ayahnya, iaitu durian tersebut...sedikit sebanyak mengenai kereta chot dan kereta beliau yang sama model...

setelah hujan renyai2 itu berhenti, walaupun masih ade lagi titisan2 hujan...langit kelihatan semakin cerah...jam menunjukkan pukul 2 lebih....mamat penjual durian telah berlalu mencari kawannya si mekanik kereta...kami pon menunggu beliau di kereta...

setelah beberapa putung rokok chot hisap....mamat penjual durian itu tiba ditempat kejadian bersama seorang pemuda yang sama baya dengan beliau....melihat keadaan beliau yang comot dengan minyak2...sahlah dia seorang mekanik....seperti biasa...sesi bersalaman dijalankan..dan itu wajib...dia menyuruh bonet hadapan dibuka...."owh, kaburator da overflow nieh"..."cube pumpkan minyak"....si mekanik berkata...chot bertindak mengikut arahan si mekanik tersebut dan kelihatan minyak meleleh keluar kaburator PX...."nie betul da bocor abes nieh...da tak boleh buat apa nie, dia punya getah dalam nie da kena ganti"...dan si mekanik tersebut tidak mempunyai alat ganti tersebut lalu mencadangkan sebuah bengkel di pekan gerik...

walaupun kereta berjaya dihidupkan...keaadaannya mungkin tidak dapat bertahan lama, mungkin akan mati lagi mengikut pengiraannya si mekanik tersebut...'kamu telah membersihkan kaburator nieh ke?"..tnyer si mamat penjual durian melihatkan keadaan kaburator kereta yang kelihatan berkilat dan bersih...chot mengiyakan kerana mungkin member chot yang ditugaskan melihat kereta ini kelmarin telah membersih kan kaburator itu...

"kaburator ini sepatutnya tidak perlu dibersihkan"...mamat penjual durian itu mencelah lagi...melihatkan muke kami bertiga kelihatan blurr dengan keyataan beliau...beliau menyambung lagi.." dahulu kereta ini diisi mengunakan minyak berplumbum....plumbum yang terlekat pada kaburator akan berkumpul di kaburator seiring peredaran waktu, menutup setiap rekahan yang ade pada kaburator, pada getah kaburator, seterusnya menjadi 'seal' pada kaburator ini. so kamu sepatutnya tidak perlu membersihkan kaburator ini..." terang beliau bersungguh-sungguh, kami mengangguk tanda faham...

chot memandu pelahan-lahan kereta menuju ke pekan Gerik dan mamat penjual durian bersama mekanik menuju arah yang berlawanan dengan arah kami...



bersambung........

2 comments:

Anonymous said...

'kamu telah membersihkan kaburator nieh ke?"..tnyer si mamat penjual durian melihatkan keadaan kaburator kereta yang kelihatan berkilat dan bersih...

adakah penjual durian berbangsa cina??..
hehehe..

asb

bulatan™ said...

hurmm...malayu...kenapa?...adakah pelik disitu?...