Saturday, April 25, 2009

...da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 13

kami terus berjalan melewati kedai-kedai yang tidak beoperasi memandangkan jam menunjukkan hampir 11 malam, dan dihujung jalan ini terdapat satu persimpangan yang menemukan 4 batang jalan, dimana disini terletak satu taman yang berlanskapkan bunga-bungaan, air pancut, sebuah monumen kapal terbang dan sebuah pondok telefon lama, yang begitu mengujakan aku ialah pondok telefon bewarna merah berkenaan yang iras-iras pondok telefon di Britain..terpanpar tulisan kuala kangsar diatasnya, manakala disebelah lagi tertulis london...mungkin dibawa ketika era penjajahan British ke atas tanah melayu sewaktu ketika dahulu...

setelah beberapa ketika berada disana dan beberapa photo telah diambil, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel kerana masing-masing sudah penat...sampai dihotel, aku terus baring tuk merehatkan diri, chot dan manek berbaring di katil hujung sambil menonton tv...aku tak terdaya lagi untuk menonton tv kerana perasaan mengantuk telah mengusai diri, melayan perasaan dan terus terlelap diselimuti gelak ketawa chot dan manek yang sedang asyik menonton..

setelah beberapa ketika, aku terjaga...kelihatan chot dan manek sedang berkemas-kemas untuk tidur...tv telah dipadamkan, sunyi...lampu telah ditutup...suasana suram menyelubungi bilik...aku cuba untuk tidur...tapi tidak terdaya..macam ada sesuatu yang menyekang aku dari menutup mata, mengacau-ngacau jiwa dan perasaan seolah-olah tidak membenarkan aku untuk melelapkan mata...aku melihat keadaan sekeliling bilik, dikiri dan kananku chot dan manek telah terbaring, mungkin kedua-duanya telah terlelap..

aku bangun dari katil...menuju ke blik air..hanya sunyi yang menemaniku, terasa perjalanan ke bilik air sungguh jauh, walaupun bilik air berada di bilik berkenaan....setelah melunaskan hajat kecil, aku mengejutkan manek supaya berpindah ke katil ku kerana aku ingin menonton tv, itulah keputusan yang terpaksa aku buat memandangkan diri ini tidak lagi terasa mengantuk...volume dibuka pelahan dan apa jua yang dipancarkan oleh tv aku tetap layan dengan penuh perasaan..


bersambung...

3 comments:

nich said...

huh lama nye nak boleh ke update citer ney.. grrrr

Anonymous said...

haish..
lame nyer tunggu..
tp update hnye kisah di dalam bilik saje..
bila nk smpai UMP nie???

Pn. Wan Adda said...

hahaha~ (^_^)v