Wednesday, March 11, 2009

da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 7

......

satu kebetulan atau sememangnya nasib kami baik pada hari kejadian....kami berjaya melepasi road block itu dengan tanpa jayanya...hanya senyuman sinis dan tanda arahan pergi yang ditunjukkan oleh pegawai polis itu....tidak ada unsur2 mistik seperti membaca mantera diamalkan dalam situasi ini..kertas azimat masih lagi tersimpan kemas di dalam 'dashboard' PX...muka 'ketat' dan 'cemas' yang telah diwujudkan bagi memancing pegawai polis itu kini hilang, berlalu mengikut peredaran kami yang semakin jauh meninggalkan sekatan jalan raya itu...

setelah agak jauh dengan kawasan kejadian, aku sempat membelek-belek kertas azimat yang diamanatkan oleh pakcik empunya asal kereta ini...hanya membelek....dan sempat bergurau dengan muka yang agak serius..."berguna jugak kertas ini erk, kalo gitu tak payah sambung road tax ah selepas ini"...dan kami malas menghurai panjang tentang kejadian berkenaan, kerana perjalanan masih lagi jauh...bernasib baik kali ini amat bermakna bagi kami...

setelah melepasi pekan pengkalan hulu yang sibuk dengan aktiviti ekonominya...mengikut perancangan, kami menuju ke Gerik dimana disitu kami akan mengambil simpang yang akan menuju ke Kuala Kangsar....perjalanan ke Gerik masih memperlihatkan aktiviti pendakian dan penurunan bukit, cuma tidak sehebat perjalanan dari pekan Baling ke Pengkalan Hulu...lebih landai tapi masih dengan udara yang nyaman...senyaman mengemam gula2 'halls'....

setelah perjalanan hampir satu jam melepasi pekan Pengakalan Hulu, bau petrol yang kuat datang dari arah hadapan kereta, cermin kereta yang masih lagi terbuka luas menyebabkan bau petrol menyapa2 setiap rongga hidung aku, diselangi udara nyaman hutan di kiri dan kanan jalan raya...aku pandang ke arah chot...masih selesa memandu kereta...dan manek sedang asyik pandang ke arah luar cermin kereta..macam tidak ada apa-apa yang berlaku...

kami melepasi satu papan tanda arah...yang menunjukkan ade persimpangan dihapadan dimana arah yang patut kami ambil untuk menuju ke pekan Gerik seterusnya ke Kuala Kangsar...akan tetapi, kami semua tidak perasan apa yang ditulis dipapan tanda berkenaan memandangkan papan tanda berkenaan sedikit tersorok dari pandangan kami, mungkin juga keadaaan tidak strategik papan tanda berkenaan yang kelihatan sedikit terlindung oleh daun-daun pokok berhampiran...

dihadapan...pesimpangan semakin kelihatan menghampiri kami...semakin dekat untuk kami membuat keputusan, jalan atau persimpangan mana yang patut kami ambil...dalam masa itu juga...enjin PX tiba2 meragam...pedal minyak ditekan namun enjin nya bergelodak,ekzos meletup2 macam ekzos enjin turbo dalam kejohanan rally felda...makin pedal minyak ditekan, makin menyebabkan enjin bergelodak...seterus nya nadi yang menggerakkan PX ini sunyi...mati, hanya tenaga keupayaan hasil cerunan bukit mengerakkan kami ke hadapan...dan seterusnya kami mengambil jalan menuju ke kanan simpang itu...yang mengarahkan permanduanya ke kaki lima jalan dan parking...

hampir 10 meter dibelakang kami adalah simpang yang kami tempuhi tadi...dan dihadapan kami kelihatan papan arah yang menunjukkan arah gerik dan gua musang....kami sudah tersalah arah dan kami tersadai ditepi jalan dimana kiri dan kanan adalah ladang getah....


bersambung.....

1 comment:

khai. M said...

alah boolat...time aku ade nk sorok2 pulak..aku bc jg pn...dgn aku nk segan.relax2 sdh..haha..cpt2knlah hbs ko punye cerpen ni..buat crt laen plk..