Sunday, March 29, 2009

1964...da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 12




hampir pukul 9 malam....

...aku ngan manek masih di kedai mkan berkenaan...siaran berita masih lagi berpacaran di sebuah syarikat televisyen yang utama di malaysia...chot merayau hilang bersama mekanik muda yang baru dikenalinya...testing kereta agaknya...

tidak lama kemudian...chot kembali ke restauran yang kami berada...menyatakan bahawa kereta tidak dapat di baik pulih dalam waktu terdekat..mungkin keesokkan harinya mekanik muda yang bernama Akmal itu akan membawa PX ke bengkel pakciknya...kami dinasihatkan oleh Akmal supaya tido dihotel berdekatan....memandangkan keadaan PX hanya menunggu masa untuk rodanya tercabut dari kereta..

atas panduan Akmal, kami sampai ke sebuah hotel murah, tidak bernama, tidak berbintang, dan dalam kesamaran malam, kelihatan pada bangunan hotel tersebut kelihatan 1964,menandakan tahun bangunan itu dibina...zaman britsh agaknya...daripada struktur bangunan nya..kelihatan seperti pejabat kerajaan dahulu kala...mungkin dibeli oleh seseorang lalu dijadikan hotel...

setelah memasuki ruang legar yg menempatkan sebuah kaunter kecik...kelihatan seorang pakcik tua sedang melayan tv yang disiaran nya kelihatan kabur2...kedudukan pakcik diatas kerusi malas mengadap tv kabur2, dengan sistem pecahayaan kuning, stuktur bangunan lama berwarna putih, sunyi dengan sekali sekala bunyi televisyen memecah keheningan...cukup untuk aku menyeramkan diri...tapi yang pasti, ada sesuatu pekara yang membuatkan hotel ini kelihatan same dengan hotel lain dipasaran, iaitu label durian yang di'cross'kan, menandakan durian tidak dibenarkan berada di hotel berkenaan..

setelah bertanyakan harga..blik dan lain2 kemudahan...kami diberitahu harga yang dikenakan ialah 60 ringgit malaysia untuk 1 hari...10 ringgit untuk bayaran yang berkenaan ganti rugi jikalau ade kerosakkan pada blik penginapan...dan 10 ringgit ini akan dikembalikan jikalau tiada kerosakkan...aku dan manek mengeluarkan 20 ringgit dan diberi kepada chot...

selesainya urusan pembayaran..kami terus menuju ke bilik yang telah disediakan.....dihujung lorong yang menuju ke blik kami...kelihatan cermin yang besar yang dijadikan perhiasan...cantik berbingkaikan ukiran kayu jati..

3 katil untuk kami betiga...satu penghawa dingin kecil, satu televisyen dan satu blik air..kami rasanya itu lebih berbaloi untuk kami daripada kami tido beralas kan simen di masjid2 berhampiran kerana esok kami masih perlu meneruskan perjlanan...setelah mandi dan sembahyang semua..kami mengambil kepetusan untuk merayau di bandar kuala kangsar...untuk tido dirasakan malam masih lagi muda..jam masih menunjukkan pukul 10..ya, itu masih sangat awal..

kami bersiap..keluar dari pekarangan hotel, berjalan tanpa arah yang pasti...kedai2 sudah ditutup, gerai burger kami singgahi dan setelah menjamu sibijik burger special..kami bertanyakan penjual burger dimana ada sedikit permandangan yang menarik diwaktu mlam ini...kami terus berjalan melintasi kedai2 yang telah tertutup sepi...



bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

eeee..
xjumpa antoo ke dlm hotel 2..